Tiga sekeluarga, termasuk sepasang suami isteri sanggup membawa empat anak mereka, termasuk dua bayi untuk melepaskan gian di sebuah rumah di Taman Anggerik di sini, petang Selasa.
Mereka diberkas bersama enam lagi individu di rumah tersebut dalam Op Perdana yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Kangsar di sekitar daerah ini, mulai jam 2 petang.
Ketua Pegawai AADK Kuala Kangsar, Naemah Baharuddin berkata, pasangan suami isteri berumur 27 dan 23 tahun itu membawa bayi mereka yang berumur setahun lapan bulan manakala adik kepada salah seorang pasangan tersebut membawa tiga anaknya yang berumur antara enam bulan hingga enam tahun.
“Terdapat papan tanda di perkarangan rumah berkenaan yang menunjukkan kononnya ia turut berfungsi sebagai pusat membaiki peralatan eletrik, dipercayai untuk mengaburi mata, khususnya jiran yang melihat rumah itu kerap dikunjungi,” katanya di sini.
Menurutnya, mereka adalah antara 14 penagih yang diberkas dalam operasi dua hari itu yang berakhir hari ini.
“Lima lagi lelaki ditahan di sekitar kawasan Manong, dalam serbuan yang dilakukan di Dataran Amanjaya Manong yang dijadikan tempat melepak empat dari lima penagih berkenaan selain serbuan ke atas sebuah rumah,” ujarnya.
Naimah berkata, kesemua 14 yang ditahan berusia antara 23 hingga 57 tahun dan saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine (syabu) dan morfin.
Menurutnya, semakan juga mendapati sembilan daripada mereka merupakan penagih baharu yang tiada rekod.
Katanya, operasi itu yang dilaksanakan dengan kerjasama AADK Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), melibatkan 40 anggota.
Kes disiasat mengikut seksyen 31 dan 41(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan permohonan reman selama 14 hari dibuat hari ini.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 19 2020
Mereka diberkas bersama enam lagi di sebuah rumah dalam Op Perdana yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). - Foto AADK
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri
Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi ditukar status kepada berisiko rendah tahun ini
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.
AADK lancar rumah perantaraan tingkatkan usaha pemulihan dadah
AADK dengan kerjasama MAIWP menyediakan kemudahan Rumah Perantaraan AADK kepada penagih dadah bagi membantu golongan itu pulih daripada penagihan.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).
JAIPk, AADK gempur premis disyaki pusat pelacuran, 43 ditahan
Dalam operasi membanteras pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh, pada Jumaat malam, 43 ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita.
Keluarga main peranan penting bantu pulih ketagihan dadah - Shamsul Anuar
Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersama membantu memulihkan mereka yang terjerumus dalam gejala ketagihan dadah.